Sunday, April 10, 2011

pertemuan itu..

aku berjalan sendirian memasuki petrol pam yang tak perlu disebutkan namanya. agak terkemuka. aku terhenti di muka pintu. terlihat dia senior ku yang poyo belaka. lantas, aku menutup semula pintu yang terkuak sedikit. ku betulkan tudung 'cover cun baek punye '. berdebar secara tiba-tiba menguasai diri yang cuba berlagak selambe. 'Argghhh ! buat tak kenal sudah ' detik hatiku yang dupdapdupdap hanya Allah saja yang tahu . Serius ! aku tidak kenal mereka yang aku ' benci gile ' sebab poyo diorg melampau ! 'bajet cool and atas umur ' depan kitorg yang maseh di bawah umur. Aku mengikuti langkah abang ku yang sudah terliur melihat menu yang disediakan . Rasa lapar yang dah sampai tahap merah hilang serta merta. Aku lebih tumpukan pada mereka dan keinginan untuk menjamah makanan langsung tiada. ' perlu ke diorg menyemak kat situ ? ' bisik hati kecil ku. Ketika itu, hanya aku dan dia. Rakan-rakannya keluar dari tempat itu . Buat ape tah tak pula aku perhatikan. Abang ku pula terus melihat menu di kaunter sambil meng-order. Senyuman yang terukir di wajahnya membibitkan rasa cinta secara tiba-tiba. Tatkala itu lah aku tahu bahawa ada insan seperti dia di bumi Maahad. Okay . aku mengaku aku tak pernah ambil tahu pasal mereka yang di atas umur ni. Malas nak usha-usha. Belajar lagii bagos. Senyumannya berbalas. tiba-tiba sahaja bibirku ringan mengukirkan senyuman khas untuk dirinya. Bagaikan ada kimia pula. tersedar dari lamunan aku lantas menundukkan pandangan. Malu . kembali ke dunia sebenar . Kawan-kawannya masuk dan meriuhkan suasana. Tak sangka aku , buku yang dikeluarkan.' Mereka buat study group rupanya' aku berbisik sendirian lagi. Sekembali ke sekolah pada keesokannya , aku mendapat gelaran baru dari dia. Tak perlu lah disebutkan gelaran itu . Takut ada org terperasan pula. Sehingga hari ini, Perasaan itu ku simpan rapi jauh di lubuk hati. Biarlah segalanya ditentukan Ilahi. :)


p/s : cerita di atas diadaptasi dari cerita sebenar :D


bedtime story by ,
E.N.A

3 comments:

  1. haha, ni bedtime story r. kalo ko nk tido, boleh la bace . mesti tido nyenyak punye :)

    ReplyDelete
  2. ponteng sekolah ..eeee. tak malu.hehehehehe

    ReplyDelete