Thursday, July 14, 2011

OH MY ALLAH !

assalamualaikum. rasanya dah lama aku tak update blog. macam-macam yang jadi kat aku nak dekat PMR ni. aku jarang ada dekat rumah , nak duduk asrama, dan macam-macam lah . minggu ni minggu yang paling penat sebab minggu pertama aku ada kelas tambahan waktu malam a.k.a kelas malam. tapi tak apa, Allah sentiasa ada di sisi aku . aku on tenet ni pon sebab aku nak dengar lagu time buat BI. O Allah the Almighty ! please help me through the rocky times. aku penat sangat-sangat tapi tak apa sebab ni sahaja jalan untuk aku berjaya. apatah lagi waktu nak dekat PMR ni aku asyik puasa. nak latih diri supaya time percubaan nanti aku boleh perform dengan baik. tolong doakan aku ye . AKU MINTAK MAAF SANGAT-SANGAT KALAU ADA BUAT SESIAPA TERSINGGUNG . yang aku kenal dan juga yang aku tak kenal. ada something yang aku nak share kat sini . aku ada dengar ayat ni masa aku dgr radio haritu . yang buat aku berubah. alhamdulillah :)

orang yang cemerlang solatnya, pasti akn berjaya. tapi orang yang berjaya, belum tentu cemerlang solatnya .

aku dengar dekat radio ikim. korang faham kan ape makdunye ? kalau tak faham , sini aku terangkan. maksudnye ialah , orang yang selalu solat dan selalu melakukan ibadah pada Allah pasti akan berjaya . insyaAllah . tapi kalau orang yang berjaya, belum tentu cemerlang solatnya dan mungkin dia akan lalai dengan keistimewaan yang Allah bagitu. okay . faham tak ? tak faham jugak ke ? alaa. faham-faham je lah eh :)

*******

tak sangka tak lama lagi nak puasa. waa! makin nak puasa, makin dekat jugaklah nak raya. bestnye ! tapi bagi aku dan bagi kawan-kawan seperjuangan aku, tahun ni adalah raya yang tak berapa nak syiok coz nak makan ketupat dengan rendang pon kena mengadap buku jugak . alahai~ lemah eden. okay lah sampai sini sahaja ye :)
i have to finish my homework lol ! kalau boleh aku nak menjeriit je sekarang . aissh -,-

1 comment: