Sunday, October 30, 2011

kek cokelat glamor girl :P

assalamualaikum semua !
hari ini saya, chef yang beriktiraf antarabangsa ingin menunjukkan pada anda semua, cara-cara untuk membuat kek coklat yang sedap lagi lazat tiada tandingannya >.< tapi masalahnya aku dh lupe cara-cara die so, korg search lah sendiri yek ! hehe *hampehh gile aku* cehhh. sebenarnye aku nak story mory pasal bakery class yang aku and kawan2 aku buat. well, ank dara kn, kenalah belajar memasak sikit, takkanlah duduk rumah membuta je . ye dok ? hehe. bajet pulak dah. okaiii. pagi-pagi jumaat tuh, aku siap-siap nak gi rumah madihahaha yg terletak di bumi. then, tunggu kawan-kawan aka chef2 yang diterbangkan jauh ye, dari sungai jelok, seksyen 7 dan sebagainya. selepas itu, kitorg ramai-ramai makan cokelat. terlupa kejap apa agenda utama. ting ting ! kedengaran kotak idea mengetuk-ngetuk minda smbil berkata, cepatlah buat kek cokelat janganlah asyik makan cokelat. setelah 10 minit kemudian, chef2 yang semuanya pro-pro belaka ni pergi kat dapur, well, nak memasak nih ! kumpulkan semua bahan, k lah. aku bagitahu sikit apa bahan-bahan die ye. aku bukan ape, tak naklah show off sgt resipi kek cokelat ktorg sbb well, EXCLUSIVE kot~ okeoke. jangan rasa nak sepak aku oleh disebabkan kebajetan yang melampau. hehe. antara bahan-bahannya ialah ----->
  • tepung gandum
  • butter
  • telur
  • gula
  • gula halus
  • serbuk koko
  • baking soda
  • esen vanila
  • minyak
  • susu pekat manis
  • coklat masakan
  • air suam
kiteorang kan ala-ala wonderpet gitu so, kami sepakat membahagi-bahagikan segala bahan. apa yang penting ?? KERJASAMA~! okayokay, let's do together-gether. opppppss! alamak aiii, oven tuan empunya rumah rosak pulakk ehh. takpe-takpe, kami semua pro-pro so segala masalah pasti mampu diselesaikan. ketua chef kami, yang jelita cantik tertarik ala-ala permaisuri mengisytiharkan bahawa ktorg boleh menggunakan kaedah kukus untuk menggantikan oven. so, apelagi ? let's go girl~chef ena*hehe.akulah tuww*, chef su yang glamor kalah rozita che wan dan chef atiqah iaitu chef utama yang ala-ala permaisuri tuh, mengambil alih tugas mengayak tepung, koko powder dan apetahlagi aku tak ingat.. chef miratiqa, yang tampil simple tapi elegan serta chef zainor chikin yang comel lote serta chef manymany yang so kiutt aww awww mengambil alih tugas membuat topping. sementara chef madihahaaha menyediakan segala periuk kuali belanga kerana die tuan rumah ^_^. kemudian, dah siap buat tepung kek semua tuh, masukkan lah dalam tempat nak kukus tu. selepas itu, ktorg menunggu selama sejam dengan penuh sabar dan tawaduk time kek tu dikukus. sambil-sambil tu ktorg apelagi, rehatkan mata dengan menonton full house yang heroinnye sangat comell. *_* tapi cerita tu dah lame laa.
ding dong ding dong, yeayyyy! kek kukus cokelat glamor girl dah siap~! alhamdulillah :D then ktorang letak topping dan cokelat urai banyak-banyak. hrmmm . seeeeedaaaaapppp~! nak tengok ke ? ni haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa--->